Popplet (Peta Minda)

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas membuat petaminda menggunakan applikasi Popplet secara atas talian yang telah dihadiri oleh beberapa peserta dari golongan pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan applikasi petaminda secara atas talian dan membantu mereka untuk bijak dalam membuat petaminda.

Petaminda yang berkesan adalah petaminda yang tidak terlalu dipenuhi ayat-ayat,cukuplah sekadar pengambilan kata kunci. Para peserta memberi sepenuh tumpuan membuat petaminda tersebut kerana ianya berkaitan dengan matapelajaran sains seperti kategori tumbuhan, jenis urat daun dan ciri-ciri haiwan. Diharap kelas sebegini mendapat lebih perhatian daripada para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah disini.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali